Michael Schumacher adalah seorang pemandu F1 dari Jerman.Dia pernah memenangi juara F1 sebanyak tujuh kali dan memecah banyak rekod F1 semasa zaman kegemilangannya dengan pasukan Ferrari.Schumacher memenangi Kejohanan Formula Tiga Jerman sebelum menyertai skim pemandu junior Mercedes-Benz pada Kejohanan Keretasport Sedunia (1991). Dia memulakan kariernya di Formula Satu ketika berusia 21 tahun dengan menyertai pasukan Jordan semasa Grand Prix Belgian 1991. Pasukan Benetton menandatangani perjanjian dengannya selepas perlumbaan berikutnya. Schumacher kemudian memenangi kejohanan dunia pada tahun 1994 dan 1995 bersama pasukan Anglo-Itali sebelum menyertai pasukan Ferrari pada tahun 1996. Pada tahun 2000 Michael Schumacher menjadi juara dunia bagi Ferrari. Dia memenangi empat kejohanan selepas itu dan pada tahun 2004 dia memenangi 14 daripada 18 perlumbaan musim itu.Schumacher terkenal untuk melakukan masa terpantas pada waktu yang tertentu untuk memenangi perlumbaan.Dia memenangi 4 kejohanan dunia berturut-turut pada tahun 2000-2004.Ketika Schumacher menang di Grand Prix Itali pada tahun 2000,dia menangis setelah selesai perlumbaan itu kerana dia telah menyamakan jumlah terbanyak kemenangan seorang pelumba F1 yang dicatat oleh Ayrton Senna,idola Schumacher. Dia memenangi Kejohan Dunia pada tahun itu selepas memenangi Grand Prix Jepun.Dia memenangi Kejohanan Dunia pada tahun 2001 dengan 9 kemenangan dan sudah memenangi Kejohanan Dunia pada tahun itu dengan baki 4 lagi perlumbaan. Di Grand Prix Austria pada tahun 2002 rakan sepasukannya Rubens Barrichello sedang menang tetapi sengaja beri Schumacher menang supaya Schumacher boleh meyamakan rekod Juan Manuel Fangio untuk memenangi 5 Kejohanan Dunia.Schumacher memecahkan rekod itu pada tahun seterusnya dengan memenangi Kejohanan Dunia 2003 dan membuat rekodnya sendiri apabila memenangi kejohanan itu pada 2004.Ini membuat Schumacher pemegang rekod untuk menjadi pemenang terbanyak Kejohanan Dunia sebelum bersara sebagai seorang pemandu F1.Tahukah anda pada perlumbaan terakhirnya,Schumacher memakai helmet istimewa yang tertulis kesemua 99 nama kemenagan Grand Prixnya.
